Monday, August 2, 2010

Tanggungjawab Black Belt yang X Gentleman??

Assalamualaikum semua..
Ini adalah serba sedikit luahan serta komen mengenai Kejohanan Taekwondo Antara Sekolah-Sekolah atau lebih dikenali sebagai ISTAC yang berlangsung pada 30 dan 31 Julai 2010.

Seramai 341 peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan ISTAC baru-baru ini dan bilangan peserta pada tahun ini agak kurang berbanding tahun-tahun sebelumnya. Tapi alhamdulillah kejohanan berlangsung dengan jayanya. Sokongan ibu bapa dan pihak sekolah amatlah dihargai walaupun ade sebilangan sekolah yang tidak menyokong dengan menghantar pelajar-pelajar untuk menyertai pertandingan tersebut.

Beralih pada isu yang ingin saya ketengahkan ialah menengai isu pengadilan. Ada lah seorang hamba Allah ini meluahkan perasaanya dalam blognya mengenai mutu pengadilan di kejohanan ISTAC baru-baru ini. Dia kata mutu pengadilan memang agak 'bias' dan kejohanan di peringkat kebangsaan pun dia kata 'bias'. Komen yang diberi berbunyi; "Ada budak tu masa peringkat pertama pattern dah tersalah langkah sikit. Tak ingat. Tup2 dia dapat pingat gangsa. Sebabnya aku rasa pengadil yg kat depan tu pernah jd jurulatih dia. Yang dapat pingat Emas pun tak patut dapat jugak. Patternnya tak seberapa. Tapi sebab seseorang yang amat dikenalinya yang jadi pengadil kat depan tu, makanya Emaslah yang dia dapat."

Tambahan lagi, dia turut mengatakan dia tidak jadi pengadil kerana ramai anak murid dia yang mengambil bahagian. Gentleman la ni..Komen dia; "Tapi bila orang lain macam tak kisah pun menjadi pengadil dan memenangkan murid dan ahli keluarga mereka, aku rasa tersangatlah frust. Ramai yang cakap tak serupa bikin". Dia cakap suruh jadi gentleman bila anak murid atau adik sendiri yang ambil bahagian, tak payahlah jadi pengadil.

Kalau la nak cakap pasal gentleman, kenapa tak cakap depan-depan? Lepas pertandingan baru nak 'complain' itu 'complain' ini apa kelas der?? Please define Gentleman? Lepas itu nak cakap pasal "Dan"(Degree in Black Belt) pula. Apa kes bro?? Nak jadi pengadil bukan senang. Orang yang tak jadi pengadil memang senang la cakap. Para pengadil semasa hari kejohanan keseluruhannya merupakan Black Belt yang masih aktif mewakili negeri Terengganu ke kejohanan peringkat Kebangsaan. Jadi 'knowledge' mengenai 'Pattern' masih 'fresh' dan semua tahu apa yang salah dan apa yang betul. Siapa bagus dialah yang menang. Takkan nak ambil orang yang tak bagus pula? Kita memang ada prosedur dalam setiap pertandingan. Jika tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan, sesiapa boleh membantah keputusan itu dengan membuat bantahan di urusetia. Kenapa tak buat 'protes' pada masa itu? Master Najmi selaku penasihat pun ada pada hari kejohanan tersebut, kenapa tak cakap? Sekali lagi, define Gentleman? Tak puas hati ke ape ke, pada masa itu juga kena cakap, baru GENTLEMAN bro..

Satu lagi ANDA SIAPA to judge pattern tu salah ke tak? It's not about the 'Dan' that you are holding, it's about seminars that you have gone through and the most important thing, did you followed the Taekwondo Encyclopedia? Saya boleh cakap sebab saya ikut seminar-seminar yang telah dianjurkan oleh GTF dan ITF. Pada tahun 1999, seminar oleh Grandmaster Park Jung Tae, tahun 2008 seminar oleh Grandmaster Leong Wai Meng. Ada banyak lagi seminar, ini semua nama-nama besar dalam Taekwondo. Tak payah nak ceritalah pasal dia orang, siapa yang ada 'Dan' patut tahu la siapa mereka kan?

Seingat saya lah, dari dulu lagi kita adakan kelas black belt, tapi lama-kelamaan tutup juga kelas itu. Ini lah yang dikatakan komitmen. Bila kita buat kelas black belt, tak ada orang nak datang. Kelas itulah untuk kita perbetulkan pattern-pattern dari white belt sampai black belt. Dekat center Kemaman pun tak ada orang nak turun macam mana nak turun ke Kuala Terengganu?Haji Saiful Nizam merupakan jurulatih yang cukup bagus dan dia pernah mewakili Malaysia pada tahun 2000 di Kejohanan Dunia di Italy. Jurulatih dah ada, tapi kalau tak nak turun macam mana nak kemaskan pattern? Peluang dah ada tapi jika tak pandai menggunakan peluang itu, susah lah. Minta tunjuk ajar dari Haji saiful mengenai pattern bagi yang tinggal di Kemaman atau Dungun. Pattern dalam taekwondo ini banyak dah diubah jadi dengan adanya kelas ini, baru jurulatih-jurulatih akan tahu apa yan betul dan apa yg salah. Kalau tahu pattern itu salah, "kenapa tak protes aje pada hari tournament tu"?. Itu baru gentleman. Puas hati ke tak puas hati ke, kita cakap depan-depan. Nak cakap depan-depan pun, ada caranya pula, kita cakap elok-elok, mesti orang dengar. Kalau main lepas cakap saja, siapa nak layan kan?jadi renung-renungkan lah..

Ke Guane???

Wassalam..

4 comments:

  1. I love that "ke guane" phrase! hehe

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..

    Isu pengadil yang tak adil bagi aku tak patut timbul,apatah lagi dikalangan sesama kita sendiri. Terkejut 'orang luar' bila baca blog 'kita' ni, rupa-rupanya Terengganu yang dikenali seluruh negara, yang terkenal dengan fighter2 yang terrer,yang ber'bos'kan Master Najmi, rupa-rupanya mempunyai masalah dalaman yang tidak boleh diselesaikan secara profesional. Hanya mampu meluah perasaan di blog masing2. Hanya mampu menunding jari dari belakang. Bukan nak kata tak boleh meluahkan perasaan dalam blog, tapi cara kita meluahkan mungkin tidak kena,pengomen pula datang dengan cara marah-marah. Kalau luah dalam buku diari xpe la.

    Main sindir2,'dia' dan 'dia'..kata gentle bro.terus direct ke nama,ni boleh siap tak ngaku tuju ke sape2 n pertandingan mana2..Apa akan jadi bila kita jumpa balik lain kali?Nak wat muka slaber macam tak kena,paling teruk bermasam muka.

    Kenapa aku kata isu ni tak patut timbul? kerana sistem pengadilan kita itu sudah tidak adil jadi tak payah la nk salahkan pengadil yang mengadili sedangkan sistem yang kita jalankan sudah tidak adil. Tengok saja untuk acara pattern, sekali jalan 4,5 orang sekali gus.Tahun lepas lagi teruk.Kalau tak silap 7 orang sekali jalan. Jujurnya sebagai pengadil dapat ke kita melihat semua pattern yang dipersembahkan oleh peserta dalam satu masa, apatah lagi peserta hanya buat pattern saju jirugi. Alasannya,kita nak jalankan ikut masa. Nak habiskan sebelum malam.atau lain2 alasan yang sebenarnya untuk kesenangan kita. Bukan maksud aku nak bagi jalan sorang2, paling tak dua orang dalam satu masa pun dah okey. Peserta berhak rasa puas hati kerana mereka bayar yuran penyertaan.

    Acara sparring pula, berapa lama masa dlm 1 perlawanan?30 saat,40 saat atau 1 minit?Ketua pengadil patut tetapkan hal ini semasa taklimat pengadil.Lain lah cerita kalau memang lawan tak mampu untuk melawan seperti dalam acara open atau team sparring,kecik lawan besar. Ada satu perlawanan yang aku tengok, dalam beberapa saat saje, baru je dapat point satu atau dua terus ditiup wisel.Kalau kita tetapkan 1 minit,apa2 mungkin terjadi dalam minit2 akhir, tak semestinya point terawal akan menang.sistem kita kalah mati. Hangus Rm30 dalam beberapa saat saje duit peserta,mana adilnya? Apa yang kita rasa bila kita ditempat mereka?Ada je nk protest.Ah,kita nk habiskan sebelum malam,kalau boleh dalam sehari nak habiskan semuanya.Alasannya...Belum lagi untuk acara team pattern,team sparring dan acara baru mix pattern.

    ReplyDelete
  3. Dalam sistem pengadilan kita sepatutnya sudah memberi seadilnya kepada peserta kerana mereka membayar duit pendaftaran. Walaupun ada yang bersungut tentang kenaikan yuran tapi masih lagi menyertai ISTAC ni. Bagi peserta,mereka bayar RM30-RM40 bukan kerana hendak dapatkan pingat semata tetapi ingin menguji diri mereka sendiri di tahap yang mana. Tetapi kita sebagai penganjur tidak mengadili mereka dari segi sitem yang kita jalankan. Buat apa nk cakap pengadil tu tak adil?

    Ni pendapat aku. Aku rasa masing2 cuba buat terbaik,mungkin ada alasan tersendiri pengadil beri menang kpd pemenang atau memberi kalah pada yang kalah. Tugas pengadil memang berat dan sukar, bila cuba sekali jadi pengadil baru tahu. Taklimat pengadil ada tak hari tu? tak perasan la pulak pengadil berkumpul. Makin lama makin suram ISTAC ni.

    Satu lagi,kalau boleh dijalankan pada tahun-tahun akan datang,boleh tak untuk sekolah rendah kita buat 2 hari jugak.Ibu bapa ada jugak yang nak tengok anak mereka amik hadiah di pentas.Menyaksikan perasmian penutup. Macam grading plak,dapat pingat terus balik.Nampak macam kita hanya tuju ke sekolah menengah dan open saje.cadangan je..apa yang aku bagitau sebab aku nak peserta rasa macam apa yang aku nak rasa.walaupun aku tahu aku dah tak mampu rasa benda2 macam tu.Rasa bangga berjalan ke pentas amik pingat,rasa bersalam dengan wakil negeri/negara,bergambar dengan Master Najmi.di stengah negeri bergambar dengan orang yang bergelar Master bukan perkara biasa.

    Apa pun tahniah kepada pengarah kejohanan kerana berjaya jalankan kejohanan ISTAC ini dengan jayanya.
    Kepada pengadil terima kasih kerana luangkan masa yang datang dari jauh sanggup turun padang,ini kerana rasa tanggung jawab individu terhadap persatuan mereka. Bukan kerana sekeping sijil dan cenderahati.
    Kepada jurulatih2 pula jutaan terima kasih kerana membawa anak-anak murid menyertai ISTAC ini,ini pun bukan kerja yang mudah,datang dari besut,dungun dll,nk kena sewa bas atau van lagi.itu juga pengorbanan utk persatuan.
    Masing-masing dari kita perlu satu sama lain.Tanpa salah seorang,pasti kejohanan ini tidak sempurna.

    wasalam...

    komen ni aku post kt sume blog yang b'cakap tentang isu ni..

    ReplyDelete