Sunday, September 19, 2010

Syawal di India

Assalamu 'alaikum w.b.t

Selamat hari raya & maaf zahir batin kepada semua. Raya pada kali ini kami sekeluarga ke India. Satu pengalaman yang baru dan menarik melihat bagaimana berada di negara orang. Hari raya kedua bertolak ke India Selatan iaitu Tirachirapalli. Tempat asal usul arwah datuk kami ialah di sebuah kampung bernama Ediapatty Thuvarankuruchi, Trichy. Perjalanan mengambil masa 3 jam 45 minit dari Lcct, Kuala Lumpur.
Keesokan harinya bertolak ke kampung halaman datuk. Perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam lebih untuk sampai ke sana dengan kelajuan 80km/h (very slow). Tibanya di kampung, semua terus ke ladang kelapa dan sesi photoshoot bermula..


Inilah ladang kelapa dan perigi yang dibina oleh ayah ada tahun 70-an. Tercapai hasrat kami sekeluarga datang ke kampung halaman arwah..

Okey, next day terus ke main city iaitu Chennai atau dengan nama lamanya Madras. Semua family terkejut melihat Chennai; dengan baunya, kotornya, orang-orang miskin. Ini adalah antara gambar-gambar yang sempat ditangkap.

 

Banyak orang miskin hidup di tepi jalan; makan, tidur semuanya di situ. Sedih melihat cara hidup mereka. Negara besar dengan penduduk yang kedua terbesar dalam dunia selepas China ialah India. Kerajaan juga tidak mampu untuk menolong dan menukar cara hidup mereka. Kita sepatutnya bersyukur kerana beruntung menjadi rakyat Malaysia. Nak berkaki ayam bila berjalan pun susah, inikan nak tidur di tepi jalan. Pengalaman ini semua banyak mengajar supaya bersyukur dengan apa yang ada. Nikmat yang diberi Allah kepada kita amatlah besar dan kita sepatutnya menggunakannya dengan sebaik-baiknya..InsyaAllah!

Pengalaman seterusnya ialah menaiki tut-tut atau dengan nama biasa dipanggil di India; 'Auto'. Cara pemandu-pemandu di India bawa kereta memang agak berbahaya tetapi kemalangan susah nak nampak la kata orang. Bunyi horn memang tak putus-putus. Rasanya kalau tak ada horn tu memang susah lah nak bawa kereta kat sana. Kadang-kadang terasa annoying bila bunyi horn. Kalau kat Malaysia mampus kena maki dengan orang. Well, we are still fortunate to be Malaysian. 


Ini lah serba sedikit pengalaman yang ingin saya kongsi bersama. Hargailah negara kita dan bersyukurlah dengan setiap apa yang ada. Bila duduk di negara orang baru kita tahu macam mana nak menilai negara kita sendiri.
Last but not least, this was in Chennai airport. Peace to all..wassalam..;D










3 comments: