Friday, November 19, 2010

Dajjal...

Salam semua dan salam satu Malaysia..
Ingin saya kongsi pembacaan mengenai Dajjal dari blog Ust. Azhar..Renung2kan..

Persoalan tentang dajjal adalah termasuk persoalan al-ghaibiyyah, iaitu persoalan alam ghaib yang hanya didengar melalui dalil-dalil…  hakikatnya hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.
Antara perkara berbentuk al-ghaibiyyah ialah kapal nabi Nuh, tongkat Nabi Musa, syurga, neraka dll. Kita tidak digalakkan untuk memperincikan bangaimana bentuknya, bila berlaku, adakah berjasad atau tidak serta seumpamanya. Begitu juga dajjal yang termasuk dalam persoalan al-ghaibiyyah.
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.
“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.
“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis ‘kafir’, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.
“Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, iaitu panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”
“Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, iaitu dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.” Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”
Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.
“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.
“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal, kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.”
Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”
Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.”
Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: “Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.” Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”
Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.”
Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.
Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.
Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”
Jadi tidak perlu meneka bagaimanakah dajjal yg sebenarnya tetapi persiapkan diri dengan istiqamah diatas jalan agama agar apabila munculnya dajjal kita akan terselamat dari fitnahnya. Agamalah sebenarnya penawar dari segala malapetaka samada besar atau kecil.
wallahua'lam 

Tuesday, November 2, 2010

Lama xupdate...fuhh

Salam satu Malaysia...

Its been a while kan wahai bloggers sekalian..okey..sejak ke india aritu sy xsentuh2 blog ni, skrg baru ada masa sikit nak berblogging.
Event yg boleh sy ingat ialah hari convocation gua. 4th October 2010. on the day of convocation, gua bangun dlm pkul 5.30 pagi, padahal xleh tido pon mlm tu sebab gemuruh+excited (i was felling anxious)..huhu..mana penah lalui mende2 mcm ni..jadi excited lebih la mlm tu..lepas dah siap seme, gua bwk kerete adik gua (neo) ke UIA..jln mmg clear, kete mmg xbyk sebab bertolak pukul 6 pagi..costume pada hari convo merupakan baju melayu hitam dgn sampin..mcm nak kawen pon ade, mcm nak raye pon ade..haha..jalan ikot jln federal highway pagi tu..pastu, lepas je pintu gerbang petaling jaya dekat dgn PPUM tu, gua amek la jln ke Kuantan, masuk highway ape entah. kat situ ada papan tanda kelajuan 60km/h..sebab jln dia selekoh..jadi gua layan je 80km/h..standard ar tu kan..smpai kat satu selekoh ni, gua rasa tayar kete dah lain mcm da..tgk2 gua "DRIFT" ckp lu..xpercaya gua boleh drift..masa tu Ya Allah..hanya Tuhan yg tahu mcm mana jantung gua berdegup kencang..DEBOR BOH!..kecut perut ambe time tu..tayar kete mmg xgrip lansung jln..licin menyebabkan kereta tu terus hilang kawalan sehingga nak merempuh ke divider tepi sebelah kiri..gua terus balas 'stering' ke sebelah kanan, pastu nak langgar divider sebelah kire plak..gua agak panic, tapi cuba control dgn brek perlahan-lahan..naseb baik la pada masa itu..kalo x tak tahu la mcm mane..tp mmg xlaju la bwk..kete xbyk so gua bwk relax je la..jln tu mmg berminyak..rasanye mesti ade tow truck dah tunggu kat mana-mana ni..bese la taktik org nak cari duit lebih..mcm tu la standard KL..dah la hari gua convo..Thank You Allah..lepas tu terus call my bro yg ngah syok tido..rasenye die faham ke x ape yg gua ckp pagi tu..

Okey..lepas tu alhamdulillah Convo berjalan dgn baik nya..tp my parents xsempat nak masuk dlm dewan utk lihat gua amek scroll..tu xpenting pon..yg penting amek gmbar satu family..

So moral of the story, apabila berlaku accident ke apa2 ke, jgn panic..selagi anda boleh mengawal kenderaan anda, anda kawal dengan relax dan of coz kene tangkas sket la..okey?



Ini my convocation pics sket..Salam perpisahan..=)

Sunday, September 19, 2010

Syawal di India

Assalamu 'alaikum w.b.t

Selamat hari raya & maaf zahir batin kepada semua. Raya pada kali ini kami sekeluarga ke India. Satu pengalaman yang baru dan menarik melihat bagaimana berada di negara orang. Hari raya kedua bertolak ke India Selatan iaitu Tirachirapalli. Tempat asal usul arwah datuk kami ialah di sebuah kampung bernama Ediapatty Thuvarankuruchi, Trichy. Perjalanan mengambil masa 3 jam 45 minit dari Lcct, Kuala Lumpur.
Keesokan harinya bertolak ke kampung halaman datuk. Perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam lebih untuk sampai ke sana dengan kelajuan 80km/h (very slow). Tibanya di kampung, semua terus ke ladang kelapa dan sesi photoshoot bermula..


Inilah ladang kelapa dan perigi yang dibina oleh ayah ada tahun 70-an. Tercapai hasrat kami sekeluarga datang ke kampung halaman arwah..

Okey, next day terus ke main city iaitu Chennai atau dengan nama lamanya Madras. Semua family terkejut melihat Chennai; dengan baunya, kotornya, orang-orang miskin. Ini adalah antara gambar-gambar yang sempat ditangkap.

 

Banyak orang miskin hidup di tepi jalan; makan, tidur semuanya di situ. Sedih melihat cara hidup mereka. Negara besar dengan penduduk yang kedua terbesar dalam dunia selepas China ialah India. Kerajaan juga tidak mampu untuk menolong dan menukar cara hidup mereka. Kita sepatutnya bersyukur kerana beruntung menjadi rakyat Malaysia. Nak berkaki ayam bila berjalan pun susah, inikan nak tidur di tepi jalan. Pengalaman ini semua banyak mengajar supaya bersyukur dengan apa yang ada. Nikmat yang diberi Allah kepada kita amatlah besar dan kita sepatutnya menggunakannya dengan sebaik-baiknya..InsyaAllah!

Pengalaman seterusnya ialah menaiki tut-tut atau dengan nama biasa dipanggil di India; 'Auto'. Cara pemandu-pemandu di India bawa kereta memang agak berbahaya tetapi kemalangan susah nak nampak la kata orang. Bunyi horn memang tak putus-putus. Rasanya kalau tak ada horn tu memang susah lah nak bawa kereta kat sana. Kadang-kadang terasa annoying bila bunyi horn. Kalau kat Malaysia mampus kena maki dengan orang. Well, we are still fortunate to be Malaysian. 


Ini lah serba sedikit pengalaman yang ingin saya kongsi bersama. Hargailah negara kita dan bersyukurlah dengan setiap apa yang ada. Bila duduk di negara orang baru kita tahu macam mana nak menilai negara kita sendiri.
Last but not least, this was in Chennai airport. Peace to all..wassalam..;D










Thursday, September 2, 2010

Back to the Root!

Assalamualaikum w.b.t
Coretan saya pada kali ini adalah mengenai "Balik ke Pangkal Jalan" atau versi Inggerisnya "Back to the root!".
Sudah 23 hari puasa berlalu..Dalam 23 hari yg lalu, saya sering terfikir bagaimana untuk menghadapi masa hadapan??Bukan sejak 23 hari yang lalu saya memikirkan hal ini malah sudah bertahun-tahun lamenya.Pada tahun 2003, saya pernah terbaca buku mengenai tanda-tanda kiamat, kemunculan Dajjal serta Imam Mahdi. Jadi pernahkah anda terfikir bagaimana untuk menghadapi hidup pada masa hadapan di mana kehidupan semestinya pasti lebih mencabar?

Banyak anasir-anasir jahat dari barat untuk menjatuhkan umat Islam semakin rancak berleluasa.Contohnya hiburan, pornography dan banyak lagi derr! Ingat-ingat taubat dah akhirat..Cepat ucap Astaghfirullah hal azim..(Lirik lagu Wali Band)..=)..berapa dosa kau buat, berapa kali maksiat??

The solution for these problems is YOU yourself!..Back to the root!..Back to Islam..Sesungguhya Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai Allah..Allah bless us..InsyaAllah..

Wednesday, August 11, 2010

Marhaban Ya Ramadhan!

Selamat menyambut ibadah puasa. Semoga Allah s.w.t menghapuskan segala dosa-dosa yang lalu. Semoga dirahmati Allah s.w.t.

Tuesday, August 3, 2010

Health is Wealth


Health - Very Very Important Tips 
Answer the phone by LEFT ear.
Do not drink coffee TWICE a day.
Do not take pills with COOL water.
Do not have HUGE meal after 5 pm. 
Reduce the amount of OILY food you consume.
Drink more WATER in the morning, less at night.
Keep your distance with hand phone CHARGERS.
Do not use headphones/earphone for LONG period of time.
Best sleeping time is from 10pm at night to 6am in the morning.
Do not lie down immediately after taking MEDICINE before sleeping.
When battery is down to the LAST grid/bar, do not answer the phone as the radiation is 1000 times.


Here are some healthy tip for your smartness & physical fitness. Prevention is better than cure.
HEALTHY JUICES
 Health is Wealth : Useful Information
Carrot + Ginger + Apple - Boost and cleanse our system.
Health is Wealth : Useful Information
Apple + Cucumber + Celery - Prevent cancer, reduce cholesterol, and eliminate stomach upset an headache.
Health is Wealth : Useful Information 
Tomato + Carrot + Apple - Improve skin complexion and eliminate bad breath.
Health is Wealth : Useful Information 
Bitter gourd + Apple + Milk - Avoid bad breath and reduce internal body heat.
Health is Wealth : Useful Information 
Orange + Ginger + Cucumber - Improve skin texture and moisture and reduce body heat.
Health is Wealth : Useful Information 
Pineapple + Apple + Watermelon - To dispel excess salts, nourishes the bladder and kidney.
Health is Wealth : Useful Information 
Apple + Cucumber + Kiwi - To improve skin complexion.
Health is Wealth : Useful Information 
Pear + Banana - regulates sugar content.
Health is Wealth : Useful Information 
Carrot + Apple + Pear + Mango - Clear body heat, counteracts toxicity, decreased blood pressure and fight oxidization.
Health is Wealth : Useful Information 
Honeydew + Grape + Watermelon + Milk - Rich in vitamin C + Vitamin B2 that increase cell activity and strengthen body immunity. 
 Health is Wealth : Useful Information 
Papaya + Pineapple + Milk - Rich in vitamin C, E, Iron. Improve skin complexion and metabolism.
Health is Wealth : Useful Information 
Banana + Pineapple + Milk - Rich in vitamin with nutritious and prevent constipation  
آ
Quite interesting! 
Keep Walking..... 



Just to check out...
The Organs of your body have their sensory touches at the bottom of your foot, if you massage these points you will find relief from aches and pains as you can see the heart is on the left foot.
Health is Wealth : Useful Information
Typically they are shown as points and arrows to show which organ it connects to. 


It is indeed correct since the nerves connected to these organs terminate here. 


This is covered in great details in Acupressure studies or textbooks. 


God created our body so well. He made us walk so that we will always be pressing these pressure points and thus keeping these organs activated at all times.
So, keep walking... 


Health is Wealth : Useful Information


Health is Wealth : Useful Information

Did You Know? 

آ 

آ 

O + 40 % 

A + 34 % 

B + 8 % 

AB + 3 %
According to a Japanese institute that does research on blood types, there are certain personality traits that seem to match up with certain blood types. How do you rate? 

TYPE O You want to be a leader, and when you see something you want, you keep striving until you achieve your goal. You are a trend-setter, loyal, passionate, and self-confident. Your weaknesses include vanity and jealously and a tendency to be too competitive. 
آ 
TYPE A You like harmony, peace and organization. You work well with others and are sensitive, patient and affectionate. Among your weaknesses are stubbornness and an inability to relax.
آ 
TYPE B You're a rugged individualist, who's straight forward and likes to do things your own way. Creative and flexible, you adapt easily to any situation. But your insistence on being independent can sometimes go too far and become a weakness.
آ
TYPE AB Cool and controlled, you're generally well liked and always put people at ease. You're a natural entertainer who's tactful and fair. But you're standoffish, blunt and have difficulty in making decisions.


MOST IMPORTANT INFO NOW: 

You can Receive
If Your Type Is O- O+ B- B+ A- A+ AB- AB+ 
AB+ YES YES YES YES YES YES YES YES
AB- YES YES YES YES
A+ YES YES YES YES
A- YES YES
B+ YES YES YES YES
B- YES YES
O+ YES YES
O- YES 

KNOW ABOUT THE BENEFITS OF HAVING FRUITS AND VEGETABLES 
Fruit Benefit Benefit Benefit Benefit Benefit آ 
apples Protects your heart prevents constipation Blocks diarrhea Improves lung capacity Cushions joints آ 
apricots Combats cancer Controls Blood Pressure Saves your eyesight Shields against Alzheimer's Slows aging process آ 
artichokes Aids digestion Lowers cholesterol Protects your heart Stabilizes blood sugar Guard s against liver disease آ 
avocados Battles diabetes Lowers cholesterol Helps stops strokes Controls blood pressure Smoothes skin آ 
bananas Protects your heart Quiets a cough Strengthens bones Controls blood pressure Blocks diarrhea آ 
آ آ آ آ آ آ آ 
DRINK WATER ON EMPTY STOMACH 
It is popular in Japan today to drink water immediately after waking up every morning. Furthermore, scientific tests have proven a its value. We publish below a description of use of water for our readers. For old and serious diseases as well as modern illnesses the water Treatment had been found successful by a Japanese medical society as a 100% cure for the following diseases: 

Headache, body ache, heart system, arthritis, fast heart beat, epilepsy, excess fatness, bronchitis asthma, TB, meningitis, kidney and urine diseases, vomiting, gastritis, diarrhea, piles, diabetes, constipation, all eye diseases, womb, cancer and menstrual disorders, ear nose and throat diseases. 

METHOD OF TREATMENT 
1.. As you wake up in the morning before brushing teeth, drink 4 x 160ml glasses of water .....interesting 

2. Brush and clean the mouth but do not eat or drink anything for 45 minutes 

3. After 45 minutes you may eat and drink as normal. 

4. After 15 minutes of breakfast, lunch and dinner do not eat or drink anything for 2 hours 

5. Those who are old or sick and are unable to drink 4 glasses of water at the beginning may commence by taking little water and gradually increase it to 4 glasses per day. 

6. The above method of treatment will cure diseases of the sick and others can enjoy a healthylife. 

The following list gives the number of days of treatment required to cure/control/reduce main diseases: 

1. High Blood Pressure - 30 days 

2. Gastric - 10 days 

3. Diabetes - 30 days 

4. Constipation - 10 days 

5. Cancer - 180 days 

6. TB - 90 days 

7. Arthritis patients should follow the above treatment only for 3 days in the 1st week, and from 2nd week onwa rd s - daily. 

This treatment method has no side effects, however at the commencement of treatment you may have to urinate a few times. 

It is better if we continue this and make this procedure as a routine work in our life. 

Drink Water and Stay healthy and Active. 

This makes sense .. The Chinese and Japanese drink hot tea with their meals ...not cold water. Maybe it is time we adopt their drinking habit while eating!!! Nothing to lose, everything to gain... 

For those who like to drink cold water, this article is applicable to you. 

It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed . It will slow down the digestion. 
Once this 'sludge' reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine. Very soon, this will turn into fats and lead to cancer.. It is best to drink hot soup or warm water after a meal. 

A serious note about heart attacks: Women should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting.

Be aware of intense pan in the jaw line.

You may never have the first chest pain during the course of a heart attack.

Nausea and intense sweating are also common symptoms.

60% of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up.

Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let's be careful and be aware. The more we know, the better chance we could survive...
  
Sends this to everyone you know, you can save a person's life!!

Monday, August 2, 2010

Tanggungjawab Black Belt yang X Gentleman??

Assalamualaikum semua..
Ini adalah serba sedikit luahan serta komen mengenai Kejohanan Taekwondo Antara Sekolah-Sekolah atau lebih dikenali sebagai ISTAC yang berlangsung pada 30 dan 31 Julai 2010.

Seramai 341 peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan ISTAC baru-baru ini dan bilangan peserta pada tahun ini agak kurang berbanding tahun-tahun sebelumnya. Tapi alhamdulillah kejohanan berlangsung dengan jayanya. Sokongan ibu bapa dan pihak sekolah amatlah dihargai walaupun ade sebilangan sekolah yang tidak menyokong dengan menghantar pelajar-pelajar untuk menyertai pertandingan tersebut.

Beralih pada isu yang ingin saya ketengahkan ialah menengai isu pengadilan. Ada lah seorang hamba Allah ini meluahkan perasaanya dalam blognya mengenai mutu pengadilan di kejohanan ISTAC baru-baru ini. Dia kata mutu pengadilan memang agak 'bias' dan kejohanan di peringkat kebangsaan pun dia kata 'bias'. Komen yang diberi berbunyi; "Ada budak tu masa peringkat pertama pattern dah tersalah langkah sikit. Tak ingat. Tup2 dia dapat pingat gangsa. Sebabnya aku rasa pengadil yg kat depan tu pernah jd jurulatih dia. Yang dapat pingat Emas pun tak patut dapat jugak. Patternnya tak seberapa. Tapi sebab seseorang yang amat dikenalinya yang jadi pengadil kat depan tu, makanya Emaslah yang dia dapat."

Tambahan lagi, dia turut mengatakan dia tidak jadi pengadil kerana ramai anak murid dia yang mengambil bahagian. Gentleman la ni..Komen dia; "Tapi bila orang lain macam tak kisah pun menjadi pengadil dan memenangkan murid dan ahli keluarga mereka, aku rasa tersangatlah frust. Ramai yang cakap tak serupa bikin". Dia cakap suruh jadi gentleman bila anak murid atau adik sendiri yang ambil bahagian, tak payahlah jadi pengadil.

Kalau la nak cakap pasal gentleman, kenapa tak cakap depan-depan? Lepas pertandingan baru nak 'complain' itu 'complain' ini apa kelas der?? Please define Gentleman? Lepas itu nak cakap pasal "Dan"(Degree in Black Belt) pula. Apa kes bro?? Nak jadi pengadil bukan senang. Orang yang tak jadi pengadil memang senang la cakap. Para pengadil semasa hari kejohanan keseluruhannya merupakan Black Belt yang masih aktif mewakili negeri Terengganu ke kejohanan peringkat Kebangsaan. Jadi 'knowledge' mengenai 'Pattern' masih 'fresh' dan semua tahu apa yang salah dan apa yang betul. Siapa bagus dialah yang menang. Takkan nak ambil orang yang tak bagus pula? Kita memang ada prosedur dalam setiap pertandingan. Jika tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan, sesiapa boleh membantah keputusan itu dengan membuat bantahan di urusetia. Kenapa tak buat 'protes' pada masa itu? Master Najmi selaku penasihat pun ada pada hari kejohanan tersebut, kenapa tak cakap? Sekali lagi, define Gentleman? Tak puas hati ke ape ke, pada masa itu juga kena cakap, baru GENTLEMAN bro..

Satu lagi ANDA SIAPA to judge pattern tu salah ke tak? It's not about the 'Dan' that you are holding, it's about seminars that you have gone through and the most important thing, did you followed the Taekwondo Encyclopedia? Saya boleh cakap sebab saya ikut seminar-seminar yang telah dianjurkan oleh GTF dan ITF. Pada tahun 1999, seminar oleh Grandmaster Park Jung Tae, tahun 2008 seminar oleh Grandmaster Leong Wai Meng. Ada banyak lagi seminar, ini semua nama-nama besar dalam Taekwondo. Tak payah nak ceritalah pasal dia orang, siapa yang ada 'Dan' patut tahu la siapa mereka kan?

Seingat saya lah, dari dulu lagi kita adakan kelas black belt, tapi lama-kelamaan tutup juga kelas itu. Ini lah yang dikatakan komitmen. Bila kita buat kelas black belt, tak ada orang nak datang. Kelas itulah untuk kita perbetulkan pattern-pattern dari white belt sampai black belt. Dekat center Kemaman pun tak ada orang nak turun macam mana nak turun ke Kuala Terengganu?Haji Saiful Nizam merupakan jurulatih yang cukup bagus dan dia pernah mewakili Malaysia pada tahun 2000 di Kejohanan Dunia di Italy. Jurulatih dah ada, tapi kalau tak nak turun macam mana nak kemaskan pattern? Peluang dah ada tapi jika tak pandai menggunakan peluang itu, susah lah. Minta tunjuk ajar dari Haji saiful mengenai pattern bagi yang tinggal di Kemaman atau Dungun. Pattern dalam taekwondo ini banyak dah diubah jadi dengan adanya kelas ini, baru jurulatih-jurulatih akan tahu apa yan betul dan apa yg salah. Kalau tahu pattern itu salah, "kenapa tak protes aje pada hari tournament tu"?. Itu baru gentleman. Puas hati ke tak puas hati ke, kita cakap depan-depan. Nak cakap depan-depan pun, ada caranya pula, kita cakap elok-elok, mesti orang dengar. Kalau main lepas cakap saja, siapa nak layan kan?jadi renung-renungkan lah..

Ke Guane???

Wassalam..

Sunday, August 1, 2010

Introduction

Salamz to all..i'm nasree..welcome to my blog..sharing ideas, experiences and knowledge is my concern. peace!:)